Thursday 3 July 2014

Pasang tinted di Apartment Kinrara Puchong

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarokatuh,...

Bismillahirrahmanirrohim,...

Allahumma Solli A'la Muhammad, Wa'ala A'lihi Muhammad...

Kami di Sinar Bumiputera Supertint, syarikat 100% bumiputera yang menyediakan perkhidmatan pemasangan window tinted film untuk bangunan seperti rumah, pejabat, shoplot, kilang, shopping complex dan perhiasan dalaman yang mempunyai cermin kaca.

Berikut adalah contoh dari hasil kerja kami di sebuah apartment di Kinrara Puchong. Rumah ini di tingkat 6 dan menghadap cahaya matahari yang terik di waktu siang. Walaupun rumah tersebut mempunyai air-cond tetapi masih lagi terasa bahang dan panas ketika di waktu siang. Pemilik rumah ini telah membuat keputusan untuk memasang tinted film pada tingkap di ruang tamu dan juga tingkap bilik.

Ini adalah hasil kerja kami memasang tinted film dengan pemilihan tinted film jenis reflective film silver green oleh pemilik rumah ini.












Pada ketika ini pemasangan dilakukan sehingga waktu malam, tinted yang dipasang kelihatan seperti cermin pada waktu malam. Rumah ini juga mempunyai grill pada tingkap tersebut dan perlu dibuka untuk memudahkan pemasangan tinted dilakukan. Ada juga grill yang tidak boleh dibuka tetapi pemasangan tetap dijalankan. Tuan rumah ini juga ingin memasang tinted pada pintunya. 

Berminat dengan perkhidmatan kami?

Hubungi kami untuk mendapatkan quotation dan boleh juga membuat temujanji.

Nizam Yasin - 018-240 9865

Harga yang kami tawarkan adalah yang terbaik untuk memberikan hasil kerja dan kualiti yang terbaik.

Tiada guna mengejar harga termurah tetapi hasilnya tidak seindah seperti yang di harapkan.

Kami mengamalkan konsep ''Bincang Harga Sampai Jadi''