Monday 10 March 2014

Pilihan warna tinted

Assalamualaikum...
Selepas kami menyiarkan gambar rumah yang kami telah siap pasang tinted sebelum ini telah mendapat permintaan yang tinggi terhadap warna pada tinted rumah itu. Setakat ini pilihan warna yang banyak mendapat sambutan dan menarik minat pelanggan kami adalah warna hitam dan hijau daun pisang. Warna hitam adalah biasa digunakan kerana ianya murah dan kualitinya juga kurang berbanding dengan tinted film yang berwarna. Warna hijau memang banyak permintaan kerana ianya nampak menarik dan exclusive. Jika rumah tersebut dikelilingi pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan yang hijau akan kelihatan lebih menarik pada rumah tersebut dan ini akan membuatkan orang yang melihatnya tertarik dengan rumah berbanding persekitarannya yang hijau. Tetapi lain orang lain minatnya. Ada juga yang memilih warna hijau keemasan. Tinted film warna ini kurang permintaan. Tetapi apabila ianya siap dipasang rumah tersebut kelihatan cantik dan seperti sebuah mahligai. Dari luar ianya kelihatan emas dan dari dalam ia kelihatan hijau gelap. Tinted film warna biru juga mendapat sambutan tetapi permintaan kurang kerana ramai yang memilih hijau. Pemilihan warna untuk tinted film memainkan peranan penting untuk rumah anda. Jadi buatlah pilihan yang bijak sebelum membuat keputusan dalam pemilihan warna tinted film tingkap rumah anda.

Di sini kami selitkan gambar-gambar rumah yang telah dipasang mengikut warna yang dipilih oleh pelanggan kami :-